Sunday, April 12, 2009

Pembentukan kabinet baru


Kabinet baru yang diumumkan oleh PM pada Jumaat lepas mendapat perhatian pelbagai pihak. Paling mendapat perhatian ialah apabila PM tidak melantik Ketua Pemuda, Khairy dalam barisan kabinetnya. Walau apapun komen dan pandangan terhadap kabinet ini kita perlu memberi peluang kepada PM dan kabinetnya menjalankan tugas yang diamanahkan dengan sebaik mungkin. Kita sebagai rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada kerajaan untuk melaksanakan perubahan dan pendekatan yang boleh memberi manfaat kepada rakyat keseluruhannya. Dalam keadaan keadaan ekonomi global yang meruncing dan pergolakan politik dalaman negara hal ini sudah tentu mengambil masa untuk pulih. Namun begitu jika semua pihak memainkan peranan masing-masing dengan penuh tanggungjawab dan mengenepikan sentimen politik dan emosi tidak mustahil kita dapat menangani semua ini.